1:00 AM

Kehilangan

Baru semalam aku nampak dia di sini. Akhirnya dia pergi juga. Dah lima tahun kami bersama. Tak pernah berpisah, hari-hari bersama. Kita selalu pergi dan balik kerja bersama. Dah macam belangkas. Kalau hari minggu kita pergi pasar bersama-sama. Hubungan kami memang erat. Ini semua salah aku, akibat tabiat berjudi ku, langsung tak simpan duit. Hujung bulan mesti habis. Jadi terpaksalah aku lepaskan dia. Aku pun dan setahun menganggur, jadi mana ada duit lagi nak bayar ansuran kereta. Bye bye kereta ku.....